UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HG Finance
Main Author :Mohd Shokory Suzyanty, Md Zabit Mohd Nazir, Yeop Yunus Nek Kamal,
Title :Kualiti, kesedaran dan penerimaan perkhidmatan perbankan elektronik di kalangan pensyarah politeknik Malaysia (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perbankan elektronik merujuk kepada penggunaan internet sebagai saluran penyampaian perkhidmatan perbankan termasuklah dalam melakukan transaksi tradisional seperti membuka akaun simpanan, mengirimkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain dan perkhidimatan terbaru iaitu pengeposan dan pembayaran bil di dalam laman web bank-bank berkenaan. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesedaran, penerimaan, persepsi pensyarah di politeknik yang terdapat di negara kita terhadap perkhidmatan perbankan elektronik. Pemilihan pensyarah di politeknik sebagai sampel kajian dibuat kerana mereka merupakan antara pengguna perkhidmatan perbankan yang aktif. Semua bayaran gaji dan pinjaman mereka didepositkan melalui akaun di bank-bank tertentu serta mereka merupakan pengguna perkhidmatan bank yang berpotensi untuk terns menggunakan perkhidmatan dalam urnsan seharian. Mereka juga menggunakan internet seperti e-mail, melayari internet, membeli-belah di atas talian dan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran di laman web rnenggunakan enjin pencari. Sebanyak 400 responden telah melibatkan diri dalam kajian ini. Kaedah persampelan secara berkelompok digunakan dalam kajian ini mengikut politeknik terpilih di se1uruh Malaysia. Program Statistik Berkomputer iaitu "Statistical Packagesfor Social Sciences" (SPSS) digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah Kekerapan, Min, Peratusan, Sisihan Piawai.: Analisis Korelasi dan Analisis Regrasi. Dapatan menunjukkan kewujudan perkhidmatan perbankan elektronik yang diperkenalkan di negara kita sangat disedari oleh pensyarah politeknik yang terpilih dalam kajian ini. Penerimaan responden terhadap perkhidmatan perbankan elektronik berada pada tahap yang memuaskan. Selain daripada itu, didapati faktor menjimatkan masa yang rnenyebabkan kebanyakan responden memilih menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik ini. Secara umumnya berdasarkan persepsi responden, aspek keselamatan perbankan elektronik adalah menjadi perhatian utama pelanggan dan tidak mengganggap perbankan elektronik hanyalah sebagai fesyen pada masa kini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)